Akaun Emas GAP
Mulakan Simpanan Emas Anda Hari Ini
Menyimpan emas kini lebih mudah, fleksibel dan boleh dimulakan oleh semua lapisan masyarakat. Dengan akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold, anda boleh mengumpul emas sedikit demi sedikit mengikut kemampuan sendiri tanpa sebarang komitmen bulanan.
1. Akaun Emas Boleh Dibuka Seawal MyKid
Anak-anak sudah boleh mempunyai akaun emas seawal memiliki MyKid. Akaun akan didaftarkan sebagai akaun bersama penjaga, dan apabila anak mencapai usia dewasa, akaun boleh menjadi akaun individu. Semakin awal bermula, semakin banyak masa untuk mengumpul aset bernilai.
2. Pendaftaran Akaun Adalah PERCUMA
Buat masa ini, pembukaan Gold Account adalah percuma. Tiada yuran pendaftaran dan tiada caj pembukaan akaun dikenakan.
3. Mula Simpan Serendah RM100
Selepas akaun dibuka, anda boleh mula membeli emas mengikut bajet sendiri. Minimum pembelian bermula RM100, atau mengikut gram yang anda inginkan berdasarkan harga semasa. Anda bebas menentukan jumlah simpanan pada setiap pembelian.
4. Tiada Komitmen Bulanan
Simpanan secara tabungan emas ini tidak memaksa anda membuat simpanan setiap bulan. Ada lebihan duit? Simpan emas. Belum berkemampuan? Tiada masalah. Anda menyimpan mengikut kemampuan sendiri, tanpa sebarang paksaan. Tapi diingatkan, orang yang berjaya dalam simpanan adalah orang yang disiplin dan konsisten menyimpan.
5. Simpan Emas Untuk Melindungi Nilai Kekayaan
Ramai orang menyimpan wang tetapi akhirnya wang tersebut digunakan sedikit demi sedikit sehingga habis. Emas pula membantu mendisiplinkan simpanan kerana ia disimpan dalam bentuk gram, bukan tunai.
Selain itu, emas merupakan aset yang telah lama dikenali sebagai penyimpan nilai (store of value). Dalam jangka masa panjang, harga emas cenderung meningkat dan mampu membantu melindungi nilai simpanan daripada kesan inflasi.
Purata kenaikan harga emas dalam jangka panjang adalah sekitar 10% setahun, walaupun prestasi sebenar boleh berubah mengikut keadaan pasaran.
6. Simpan Dalam Akaun atau Keluarkan Emas Fizikal
Emas yang dibeli akan disimpan dengan selamat di dalam akaun GAP tanpa caj simpanan.
Apabila anda mencapai target sasaran dan ingin memiliki emas fizikal, emas tersebut boleh dikeluarkan dan dipos ke rumah anda.
Anda bebas memilih sama ada ingin:
Terus menyimpan dalam akaun, atau
Mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian emas yang dimiliki.
Emas bersaiz di bawah 21.25 gram boleh dikeluarkan secara pos berinsurans, manakala item yang lebih besar boleh diambil di cawangan Public Gold. Lebih istimewa lagi, emas juga boleh dikeluarkan di mesin ATM Gold yang berhampiran anda.
7. Kumpul Sedikit Demi Sedikit (WITHDRAW)
Ramai penyimpan emas memilih untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit di dalam akaun GAP.
Sebagai contoh, anda boleh menyimpan sehingga mempunyai:
5 gram
10 gram
20 gram
50 gram
100 gram
250 gram
1 kilogram dan sebagainya.
Kemudian barulah mengeluarkan emas fizikal mengikut gram yang telah dikumpulkan. Cara ini memudahkan anda memiliki jongkong emas yang lebih besar tanpa perlu menyediakan modal yang besar pada satu masa.
Anda juga boleh mengeluarkan barang kemas dari gram emas yang terkumpul.
8. Setiap Ringgit Ditukar Kepada Emas (TOP UP)
Setiap pembayaran yang dibuat akan terus ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga semasa.
Tiada wang yang "hangus".
Di dalam akaun GAP, anda akan melihat jumlah gram emas yang dimiliki, bukannya baki wang seperti akaun bank.
Akaun bank menyimpan wang.
Akaun GAP menyimpan emas / Akaun SAP menyimpan perak.
9. Jual Semula Dengan Mudah (SELL)
Sekiranya anda ingin menjual emas yang berada di dalam akaun GAP, prosesnya boleh dilakukan secara dalam talian.
Hasil jualan akan dipindahkan ke akaun bank anda berdasarkan harga belian balik (buyback) semasa yang ditawarkan oleh Public Gold. Public Gold sangat telus dan harga jualan dan belian. Ia dipaparkan di dalam talian dan dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga pasaran dunia.
10. Emas Fizikal Juga Mudah Dijual
Jika anda telah mengeluarkan emas fizikal, anda masih boleh menjualnya pada bila-bila masa. Ana mempunyai beberapa pilihan untuk menjual emas fizikal seperti:
Cawangan Public Gold
Institusi Ar-Rahnu yang menerima emas
Kedai emas yang menawarkan pembelian balik emas di seluruh dunia
Emas Public Gold mempunyai pengiktirafan jenama yang kukuh dan dipercayai di Malaysia serta di beberapa negara lain. Oleh itu, ia lebih mudah dipasarkan dan mendapat permintaan yang baik di pasaran. Emas Public Gold lebih mudah dijual kepada pembeli individu. Ramai pemilik hanya mengiklankan emas mereka di media sosial dan berjaya mendapatkan pembeli dengan cepat pada harga yang kompetitif berdasarkan harga pasaran semasa.
11. Gadai Secara Dalam Talian. (Ar-Rahnu)
Selain menyimpan dan menjual emas, anda juga boleh menggunakan emas yang berada di dalam GAP sebagai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan melalui kemudahan Ar-Rahnu secara dalam talian.
Prosesnya mudah dan pantas. Jumlah gram emas yang digadaikan akan ditolak sementara daripada baki akaun GAP anda, manakala jumlah pembiayaan akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan dalam profil akaun GAP anda.
Ciri-ciri Kemudahan Ar-Rahnu
Permohonan dibuat 100% secara dalam talian.
Dana pembiayaan dikreditkan terus ke akaun bank berdaftar.
Upah simpan sebanyak 1% sebulan dikenakan berdasarkan jumlah pembiayaan.
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 6 bulan.
Setelah pembiayaan diselesaikan sepenuhnya, jumlah gram emas yang digadaikan akan dikembalikan semula ke dalam akaun GAP anda.
Kemudahan ini membolehkan anda mendapatkan akses kepada tunai apabila diperlukan tanpa perlu menjual emas yang telah dikumpulkan, sekali gus membolehkan anda terus memiliki aset emas selepas pembiayaan diselesaikan.
12. Mutu Emas Simpanan Dalam Akaun Emas adalah 999.9
Semua emas yang disimpan melalui akaun GAP adalah emas tulen 999.9 (24K), iaitu ketulenan yang menjadi pilihan ramai untuk tujuan simpanan dan pemeliharaan nilai aset.
Mulakan Hari Ini
Tidak perlu menunggu sehingga mempunyai modal yang besar. Yang penting ialah bermula dan konsisten menyimpan mengikut kemampuan. Sedikit demi sedikit, gram akan bertambah. Lama-kelamaan, anda akan memiliki aset yang bernilai dan lebih memahami mengapa semakin ramai memilih emas sebagai simpanan jangka panjang.
Buka akaun emas Public Gold bersama Puan Sally hari ini dan mulakan perjalanan membina kekayaan dengan emas hari ini.