Anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah emas 10 Gram yang dibuat setiap bulan.
Anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah emas 10 Gram yang dibuat setiap bulan.
Di Public Gold, kami percaya kekayaan terbaik dibina melalui ilmu, disiplin dan bimbingan yang betul. Keputusan anda untuk mula menyimpan emas dan perak adalah satu langkah yang sangat bijak ke arah menjamin masa depan kewangan anda. Yakinlah bahawa anda berada di tangan yang tepat, disokong oleh pakar emas berpengalaman (Public Gold) yang komited membantu anda membina dan melindungi kekayaan untuk jangka masa panjang.
Memilih Dealer/Gold Advsior yang tepat adalah satu keputusan yang cukup besar dalam perjalanan anda menyimpan atau membuat pelaburan emas. Dealer/ Gold Advisor yang aktif akan membimbing dan membantu anda dalam mencapai target sarasan simpanan dan membantu anda sekiranya berlaku sebarang kesulitan dalam proses pembelian dan juga jualan emas.
Sekiranya anda berdaftar di bawah Puan Sally Empire, anda akan dimasukkan ke group khas di mana segala ilmu dan update terkini akan diberikan di dalam group tersebut bagi memberikan pemahaman yang jelas dan tersusun tentang keseluruhan proses, daripada pembelian, penjualan, pengeluaran, sehinggalah pengurusan simpanan emas dan perak anda.
Sama ada anda bermula serendah RM100 atau merancang untuk mengumpul emas dan perak dari gram hingga ke kilogram, saya sedia membantu anda memahami perjalanan tersebut langkah demi langkah.
Terima kasih kerana memilih saya sebagai Dealer Public Gold anda. Dengan penuh komitmen, saya sedia membimbing, menyokong dan berjalan bersama anda ke arah impian serta kejayaan dalam simpanan emas dan perak. Jika anda memerlukan sebarang penjelasan atau bantuan, jangan segan untuk menghubungi saya, saya sentiasa bersedia membantu.
Anda boleh menghubungi saya di:
📱 WhatsApp: 0192107881
📘 Facebook: Suhaili Mohd Zain
🎵 TikTok: Puan Sally Gold
Sekali lagi, selamat datang ke dalam keluarga kami. Jom bina masa depan emas anda bersama-sama. Hubungi saya untuk bimbingan.
Kisah benar seorang businesswoman Puan Sally.
Saya merupakan seorang usahawan yang terlibat dalam beberapa bidang perniagaan. Pada tahun 2020, saya telah membuka sebuah restoran di Kelantan yang melibatkan modal pelaburan yang agak besar. Namun, restoran tersebut hanya sempat beroperasi selama beberapa bulan sebelum saya mengambil keputusan untuk menutupnya apabila pandemik COVID-19 melanda negara.
Ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya memilih untuk menghentikan operasi restoran bagi mengelakkan risiko kerugian yang lebih besar. Malangnya, modal yang telah dilaburkan untuk membangunkan perniagaan tersebut hangus begitu sahaja.
Sepanjang tempoh PKP, saya mula melihat perkembangan pasaran emas yang menunjukkan peningkatan harga yang sangat ketara. Sebenarnya, setahun sebelum itu saya telah membeli emas 999.9 sebagai hadiah penghargaan kepada staf dan pasukan perniagaan saya. Pada tahun 2019, harga emas berada sekitar RM169 segram. Namun pada tahun 2020, harganya meningkat kepada sekitar RM245 segram.
Pada ketika itu, saya mula membuat satu perbandingan yang membuka mata saya. Saya terfikir, sekiranya modal yang digunakan untuk membuka restoran tersebut dilaburkan dalam bentuk emas, saya mampu memiliki kira-kira 1.5 kilogram emas. Dalam tempoh hanya setahun, nilai simpanan tersebut telah meningkat dengan ketara dan berpotensi memberikan keuntungan sekitar RM100,000 tanpa perlu menguruskan operasi harian seperti sebuah perniagaan.
Pengalaman tersebut menjadi titik permulaan kepada minat saya untuk mendalami ilmu emas. Saya mula membaca, membuat kajian serta meneliti pelbagai sumber maklumat daripada internet dan syarikat-syarikat emas yang beroperasi di Malaysia. Setelah melakukan penelitian yang menyeluruh, saya akhirnya memilih Public Gold sebagai platform utama simpanan emas saya.
1. Syarikat yang kukuh dan berpengalaman
Public Gold merupakan syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah beroperasi lebih 18 tahun di Malaysia. Rekod prestasi yang panjang memberikan keyakinan bahawa syarikat ini mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan dipercayai ramai pelanggan.
2. Sistem yang mantap dan mesra pengguna
Selain menjual emas fizikal, Public Gold menyediakan sistem yang memudahkan pelanggan membeli, menyimpan dan menjual emas. Tidak ramai syarikat yang mampu membangunkan serta mengekalkan sistem yang stabil untuk menguruskan jutaan transaksi pelanggan. Public Gold sentiasa menambah baik platform mereka melalui laman web dan aplikasi mudah alih bagi memastikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.
3. Patuh syariah
Sebagai seorang Muslim, aspek patuh syariah merupakan perkara utama yang saya pertimbangkan. Urusan jual beli emas melibatkan bahan ribawi dan perlu mematuhi garis panduan syariah yang ditetapkan. Oleh itu, saya memilih syarikat yang memberikan penekanan serius terhadap pematuhan syariah dalam setiap transaksi.
4. Mempunyai kilang emas sendiri
Public Gold memiliki kilang pengeluaran emas sendiri di Pulau Pinang. Ini menunjukkan kekuatan syarikat dari segi operasi dan pengeluaran produk. Selain gold bar dan dinar, Public Gold juga terus mengembangkan pasaran mereka ke dalam sektor barang kemas 916 dan 999.
5. Kehadiran fizikal yang kukuh
Public Gold mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Malaysia dan Indonesia. Selain itu, syarikat ini turut memiliki bangunan korporat yang menjadi simbol kekuatan dan kestabilan perniagaan mereka. Kehadiran aset fizikal yang besar memberikan keyakinan tambahan kepada pelanggan bahawa syarikat ini mempunyai visi jangka panjang dalam industri emas.
6. Pelbagai pilihan untuk mendapatkan emas fizikal
Pemilikan emas fizikal melalui Public Gold sangat mudah. Pelanggan boleh memilih untuk menerima emas melalui penghantaran pos, membuat pengeluaran melalui ATM Gold atau mengambil sendiri di cawangan yang berhampiran.
7. Fokus sepenuhnya kepada industri emas
Public Gold memberi tumpuan khusus kepada perniagaan emas. Fokus ini membolehkan syarikat membangunkan sistem, produk dan perkhidmatan yang benar-benar memenuhi keperluan penyimpan emas.
8. Polisi belian balik yang jelas
Salah satu kelebihan yang menarik perhatian saya ialah polisi belian balik emas. Public Gold bukan sahaja membeli semula emas yang mereka jual, malah turut menerima emas daripada syarikat lain. Ini memberikan kemudahan kepada pelanggan yang ingin mencairkan aset mereka pada masa hadapan.
9. Kemudahan Ar-Rahnu Secara Dalam Talian
Public Gold menawarkan kemudahan Ar-Rahnu secara dalam talian yang memudahkan pelanggan mendapatkan tunai tanpa perlu menjual emas yang dimiliki. Emas dalam akaun emas boleh digadaikan secara online dan dana akan dikreditkan ke akaun pelanggan dalam tempoh yang singkat. Setelah ditebus semula, gram emas yang digadaikan akan dikembalikan ke dalam akaun emas pelanggan.
10. Kos upah yang kompetitif
Kos premium atau upah yang dikenakan juga berada pada tahap yang berpatutan, menjadikan simpanan emas lebih efisien untuk jangka masa panjang.
11. Diasaskan Oleh Tokoh Industri Emas
Public Gold diasaskan oleh Dato' Seri Louis Ng Chun Hau, yang juga merupakan Presiden Malaysia Gold Association (MGA). Pengalaman dan kepimpinan beliau dalam industri emas menjadi antara faktor yang mengukuhkan reputasi serta kredibiliti Public Gold sebagai syarikat emas yang dipercayai ramai.
Setelah meneliti semua aspek penting tersebut, saya menghubungi seorang kenalan yang merupakan Dealer Public Gold. Saya terus memulakan pembelian emas dan pada masa yang sama mendaftar sebagai Dealer Public Gold.
Sebagai seorang usahawan, saya melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan ini. Selama bertahun-tahun saya berkongsi ilmu tentang cara menjana pendapatan dan membina perniagaan. Namun saya menyedari bahawa ramai orang tahu cara mencari wang, tetapi tidak ramai yang benar-benar memahami cara menyimpan dan membina kekayaan.
Di sinilah saya melihat Public Gold sebagai satu pelengkap yang sangat penting. Bukan sekadar membantu individu menjana pendapatan tambahan, tetapi lebih penting lagi membantu mereka menukar sebahagian pendapatan kepada aset yang mempunyai nilai jangka panjang.
Bagi saya, kejayaan kewangan bukan hanya tentang pandai mencari duit. Kejayaan sebenar adalah apabila kita juga bijak menyimpan dan membina kekayaan melalui aset yang mampu mengekalkan nilainya untuk generasi akan datang. Jika ana berminat untuk mengetahui peluang pendapatan dengan Public Gold, saya terangkan dengan lebih terperinci di sini (Become a PGBO).
Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau. Ia telah berkembang menjadi salah satu syarikat perdagangan emas terkemuka di Malaysia.
Ibu pejabat pertama, Wisma Public Gold, terletak di Bayan Lepas meliputi kawasan seluas 1.5 ekar. Wisma ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah. Lanjut >>
Matlamat utama syarikat ini adalah untuk menjadikan pelaburan emas mudah dan boleh diakses di mana sahaja oleh rakyat Malaysia.
Pada tahun 2022, ibu pejabat Public Gold telah berpindah ke Menara Public Gold @ TRX, yang terletak di kawasan strategik Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Selain itu, Public Gold kini memiliki dan membangunkan dua bangunan korporat utama di Kuala Lumpur mencerminkan perkembangan kukuh syarikat dalam industri emas. Lanjut >>
GAP (Gold Accumulation Program) ialah akaun tabungan simpanan emas. Melalui GAP, anda boleh mula menyimpan emas dengan serendah RM100, tanpa perlu terus membeli gold bar fizikal. Boleh topup bila-bila masa mengikut kemampuan, simpanan direkod dalam gram emas, kumpul gram emas mengikut target, boleh keluarkan emas fizikal, tiada komitmen bulanan, boleh jual semula kepada Public Gold pada bila-bila masa. Lanjut >>
Public Gold telah diiktiraf secara rasmi oleh Guinness World Records sebagai syarikat emas yang mempunyai rangkaian ATM emas terbanyak di dunia, dengan sebanyak 155 unit ATM Gold ditempatkan di pelbagai pasaran antarabangsa. Lanjut >>
PG Jewel ialah jenama barang kemas di bawah Public Gold yang menawarkan pelbagai koleksi barang kemas emas 999 dan emas 916 dengan reka bentuk moden, elegan dan berkualiti tinggi.
Public Safe ialah perkhidmatan peti simpanan keselamatan yang disediakan oleh Public Gold untuk menyimpan emas fizikal, barang kemas, dokumen penting dan aset berharga dalam persekitaran yang selamat serta dilengkapi sistem keselamatan yang tinggi.
Aurora Italia ialah jenama barang kemas premium yang diinspirasikan oleh reka bentuk Itali. Aurora Italia turut berkolaborasi dengan jenama antarabangsa seperti Disney®, Marvel® dan Preciosa®, membuktikan kualiti serta kepercayaan terhadap produknya.